Rahsiawebsite.com

Utamakan Kandungan Untuk Pengguna -Bukan Untuk Anda Sahaja

Jika website anda hanya galak menceritakan perihal anda (dan organisasi anda), website itu mungkin dihindari. Kebanyakkan pengguna tidak peduli siapa anda, tetapi lebih peduli tentang apa yang boleh anda berikan kepadanya.

Ketika segelintir pengurus website inginkan website menonjol kepada semua orang, ada sesetengah yang lain inginkan website tersebut menonjol pada dirinya sendiri dan rakan-rakan sekerja mereka.

Banyak organisasi mengabaikan terus pengguna halaman web mereka dan mendasarkan pembinaan laman web mereka hanya menurut perspektif organisasi mereka. Ini selalunya terzahir dari rekabentuk yang tidak sesuai dengan kandungan dan fokus pengguna yang kemungkinan hanya kegemaran peribadi Pengarah Urusan dan kandungan yang penuh dengan 'jargon'.

 

Sesebuah website tidak seharusnya dicorakkan hanya dari sudut peribadi kakitangan organisasi, tetapi lebih sepatutnya cuba menepati kehendak penggunanya. Banyak rekabentuk ditolak hanya kerana "boss" tak suka warna hijau. Juga banyak kandungan website mengandungi acronyms dan terma yang hanya digunakan di dalam organisasi tersebut.

Memang menjadi kelaziman, banyak website yang hanya mendabik dada "kami itu", "kami ini" tetapi sedikit sangat berdiri dalam kasut pengguna dan bertanya apa yang pengguna inginkan, dan meletakkan jawapan itu dihadapan.

Kalau difikirkan, tujuan utama kebanyakkan website (terutamanya catalog / brochure website, dan website syarikat / organisasi) adalah untuk memenuhi kehendak pengguna. Memberikan mereka informasi. Bukan menceritakan hanya tentang "anda itu" dan "anda ini", kecuali website anda itu adalah blog peribadi / syarikat / organisasi. Walaupun begitu, anda masih perlu memenuhi kehendak pengguna seperti, kemudahan kategori artikel, kemudahan carian dan sebagainya.

Jika tidak, besar kemungkinan website anda tidak akan digemari dan anda mungkin tidak akan mempunyai pengguna langsung.

Pengguna internet hari ini terlalu memilih. Ini faktor penting yang anda perlu tahu. Setiap dari kita ini sibuk. Kita perlukan jawapan cepat dan mudah. Kalau boleh, setibanya sahaja pada halaman utama kita perlu terus mendapat jawapan kepada persoalan yang kita ada. Itu adalah resam pelayar internet.

Jika website tersebut terlalu mendabik dada juga kita akan lari kepada website (organisasi) lain yang lebih 'berbunyi' ikhlas dan lebih mengutamakan kita (pengguna) dari dia (organisasi tersebut)

Dec 15, 2009
Category: Umum