Sering, senarai panjang dan terpeinci beberapa kumpulan pengguna diberikan. Dan selalunya, soalan seterusnya adalah "Mana daripada yang banyak-banyak dalam senarai kumpulan demografik itu paling penting? Dan sering, jawapan mengecewakan yang diterima ialah semuanya penting.
Kebenaran yang perit adalah jika anda bina website untuk semua orang, ia tidak akan menonjol untuk seorang pun. Adalah penting untuk anda benar-benar menjurus dan fokus terhadap pengguna anda dan membina kandungan dan website anda menepati sasaran pengguna tersebut. Adakah ini bermaksud anda perlu abaikan pengguna yang lain?
Tidak sama sekali. Website anda perlu boleh dicapai oleh semua orang, dan tidak menyinggung ataupun mengabaikan sesetengah pihak. Tetapi, pembinaan website dan kandungan website tersebut perlu didasarkan kepada golongan sasaran yang tertentu.
Fikirkan dengan bijak sasaran pengguna anda. Bahagikan, prioritikan. Ini akan memberikan website anda lebih kekuatan asas dan insyaAllah bakal bertahan lebih lama daripada website yang lain.
Dengan website ini kami cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin "rahsia" daripada pengalaman kami semenjak 1998 (12 tahun) membina website.
Diharapkan maklumat yang kami paparkan berguna untuk anda dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu website tempatan.
Maafkan bahasa spontan kami yang kami harap ianya lebih berkesan dalam menyampaikan maksud.
*Imran;*Aaron;
*Shauki;
..dan semua freelancers lain yang on/off bersama kami sepanjang perjalanan ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengupah kami samada untuk tujuan pembinaan laman web / web application, khidmat rundingan, review website anda dan sebagainya yang berkaitan, sila hubungi kami.
P/S: Maklumat lanjut akan diberikan kelak...