Bukan sahaja website selalunya dibahagikan diantara bahagian Pemasaran dan IT, ia juga selalunya kekurangan sumber (budget, tenaga mahir dsb). Disebalik mempunyai kumpulan Web yang khusus, tenaga kerja yang dipertanggungjawabkan terhadap website hanya menjalankan tugas ini sebagai 'tambahan' kepada kerja seharian yang lain -web hanya menjadi tigas picisan kepada 'tugas harian' yang lain.
Bila begini, kebanyakkan masa diluangkan untuk tugas-tugas penyelenggaraan daripada tugas jangka masa panjang iaitu merangka strategi untuk website tersebut.
Keadaan menjadi makin buruk apabila orang yang dibayar untuk 'menyelenggara' website adalah kakitangan baru atau masih lagi hijau dalam tugas-tugas tersebut. Mereka tidak punyai pengalaman ataupun 'authority' untuk melonjakkan website tersebut kehadapan. Oleh itu apa yang akan anda dapat daripada pelaburan website anda? Sekadar sebuah website yang lazimnya kabur untuk disukat kejayaannya, yang hanya memaparkan kandungan statik, jika adapun berita yang selalu dikemaskini, website tersebut hanya menjadi sebuah 'website biasa'.
Sedih, jika kita belajar dan bandingkan pengurusan website tempatan berbanding dengan negara-negara luar yang lain. Jika kita lihat kejayaan mereka, melayan web bukan sekadar atau seperti mencetak brochure atau risalah. Print, dan lupakan. malahan mereka meletakkan pegawai yang berdedikasi, yang sentiasa 'up to date' dengan perkembangan dan strategi baru.
Adalah masanya untuk organisasi secara serius untuk membuat pelaburan kepada website mereka dalam menggaji Pengurus Web Senior sepenuh masa untuk memikirkan strategi dan melonjakkan website anda kehadapan.
Pengurus yang bukan sahaja tahu selok-belok pembinaan website, tetapi yang penting sedar tentang perkembangan industri web / internet, model-model pemasaran yang digunakan, teknologi yang diregangkan (extended) hingga menerobos ke telefon bimbit dan sebagainya.
Biarlah pelaburan anda berbaloi dengan kejayaan website anda. Walaupun wang yang dilaburkan bukan wang anda (wang syarikat), tetapi berusahalah untuk mendapatkan kepuasan dari kejayaan website yang anda usahakan.
Percayalah, ilmu dan pengalaman yang diteguk adalah berbaloi.