Kerana tidak ada satu jabatan khusus untuk mengendalikan website secara sistematik dan bersungguh. Website hanyalah dijadikan fungsi picisan segelintir pegawai IT tanpa menyedari potensi sebenar yang ada pada sesebuah website.
Hanya segelintir syarikat yang mempunyai web, mempunyai jabatan web. Dan kekosongan jabatan ini di dalam carta organisasi adalah antara penyebab kebanyakkan website yang dibangunkan gemuk dengan ciri yang tidak perlu dan gagal menyampaikan maksud dan tujuan sebenar website itu dibangunkan.
Fikirkan, tidak kita betapa kritikal misi yang cuba disampaikan oleh sesebuah website, tetapi jika mereka yang membangunkan website tersebut adalah umpama 'bidan terjun' apakah hasil yang bakal diperolehi?
Kebanyakkan website dibina oleh pegawai IT, yang pada mereka web mungkin bukan suatu yang 'priority'. Bahkan mereka perlu juga menyediakan networking, mengendalikan pinjaman projektor, laptop dan meng-install antivirus dan sebagainya.
Mereka ini tidak diberikan latihan khusus dalam strategi laman web. Mungkin yang ada hanyalah kursus bagaimana untuk mengendalikan CMS Joomla. Kadangkala mereka ini tidak tahupun perbezaan antara fail php dan fail html.
Bukan bermaksud untuk merendahkan pegawai-pegawai ini, tetapi fikirkanlah, jika mereka yang dipertanggungjawabkan ini pun tidak diberikan latihan secukupnya dalam industri web yang berkembang pesat, siapa lagi yang bakal menerajui dan membawa website yang dibangunkan menjadi satu aset kepada syarikat?
Seringkali peranan pembangun dan perekabentuk halaman web diperkecilkan. Padahal bidang ini adalah satu bidang yang besar. Sekadar untuk membina halaman web, budak belum lepas SPM pun boleh buat.
Tetapi jika kita serious dengan halaman web, banyak hal yang perlu dipertimbangkan. Antaranya;
UX - User experience, user interfacing studies and best practice, functionality design, interactive design, informative design, content architecture / information architecture, usability design, scalability design, web promotion and marketing, search engine optimization.
Jika mereka yang membina laman web anda hanya sekadar tahu membina laman web tanpa tahu perkara-perkara diatas, maka besar kemungkinan projek website anda akan hanya menjadi satu lagi projek gajah putih yang dilancarkan dengan potong riben lagi.
Kembangkan lah fikiran anda.
Pengoperasian sesebuah website bukan hanya terletak pada teknikalitinya sahaja. Ia juga perlu dioperasikan secara strategik, dikemaskini dan mempunyai interaksi dengan pengguna. Jangan kecilkan skop sesebuah website bergantung hanya kepada pegawai IT anda sahaja, luaskan. Beri pendedahan kepada mereka, beri kepercayaan kepada mereka.
Jolokan angan-angan Mat Jenin sudah tidak boleh dipakai zaman sekarang ini kerana dengan pengoperasian yang betul, web anda boleh melebarkan sayap keserata dunia.
Web adalah satu alat yang besar potensinya, hanya jika anda tahu potensi tersebut. Jika selama ini anda gunakan gergaji elektrik untuk memotong buah epal, hari ini anda dipanggil untuk mengetahu segunaan sebenar gergaji elektrik itu.Bacaan lanjut: http://www.zeldman.com/2007/07/02/let-there-be-web-divisions/