Rekabentuk hanya sekadar lakaran, ataupun kotak-kotak. Rekabentuk ini bertujuan hanya untuk memberikan gambaran kepada anda akan kedudukan kandungan dan elemen-elemen penting sesebuah laman web. Jadi jangan harapkan sesuatu yang cantik pada pandangan mata dengan Wireframe Design
Breadcrumbs adalah sistem navigasi sekunder. Selepas navigasi utama yang bertujuan untuk mengarahkan anda kepada kandungan tertentu, Breadcrumbs navigation adalah untuk memberitahu kepada pengguna dimana dia berada pada ketika itu. Contoh;
Home > Artikel > Pengalaman Pengguna > Breadcrumbs Navigation
Breadcrumbs diatas menyatakan anda berada pada kandungan "Breadcrumbs Navigation didalam kategori Pengalaman pengguna yang berada dalam kategori Artikel. Home adalah sebagai butang panik untuk membawa anda terus ke halaman muka.
Merujuk kepada sistem untuk menguruskan laman web. Sistem ini perlu anda install (atau lebih tepat, configure) di web hosting. Dengan sistem ini, anda boleh menguruskan sendiri halaman web anda dari segi, menambah kandungan (pages, blog post, forum, artikel dan sebagainya), menguruskan pengguna dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan website anda.
Hari ini, banyak website menggunakan CMS berbanding halaman yang dibina secara manual yang tidak efektif dan efisyen.
Dengan CSS format teks dan penampilan website anda diletakkan dalam satu (atau lebih) fail (fail .css). Dan apabila contohnya anda ingin menukarkan warna teks, apa yang perlu dilakukan ialah menukarkannya pada fail CSS ini dan semua halaman anda akan berubah.
HTML adalah bahasa pengaturcaraan bagi sesebuah laman web. Tak kita apa juga teknologi lain yang digunakan dibelakangnya, untuk membolehkan browser anda memaparkan website tersebut, ia perlu berada dalam format akhir iaitu HTML.
Cuba klik kanan pada sesebuah laman web dan pilih "View Source" (pilihan mungkin berbeza pada sesetengah browser lain). Apa yang akan anda lihat adalah rupa HTML.
Ini adalah satu lagi bahasa pengaturcaraan web. Ia adalah bahasa open source (dalam bahasa mudah -ia percuma! dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat) yang mempunyai ramai bilangan pengaturcara seluruh dunia.
Bezanya dengan HTML ialah, HTML tidak boleh melakukan computing ataupun pemprosesan logik (contoh 2+2) dan memberikan anda keputusan. Tetapi PHP boleh.
CMS dibina dengan menggunakan PHP (dan juga bahasa pengaturcaraan seantara yang lain seperti ASP, ASPX CFML, Ruby dan sebagainya)
Pengkalan data. Tempat dimana setiap data anda disimpan. Dengan menggunakan database, data yang disimpan boleh digunakan dalam pelbagai bentuk. Ia boleh di sort (mengikut tarikh misalnya), di paparkan separuh sahaja, atau di cari menggunakan fungsi carian.
Dengan pembinaan website secara manual, setiap data di simpan dalam bentuk fail. Contoh, sekiranya anda punyai 100 halaman, maka anda perlukan 100 fail untuk setiap halaman. Dengan database, anda mungkin hanya perlukan 1 halaman dan 1 database (yang menyimpan 100 data). Oleh itu setiap data dipaparkan dalam 1 halaman sahaja, mengikut kehendak pengguna (dinamik).
Ia adalah apa yang anda dapat lihat dan merupakan perantara diantara anda dan sistem. Contoh, butang "login" jika ditekan akan membawa data yang anda berikan (username dan password) ke pemproses yang akan mengujinya dengan data yang berada di database.
Butang itu adalah elemen interface.
Antara elemen-elemen interface yang lain ialah, bar navigasi, drop down button / menu, breadcrumbs, links, content blocks, header dan banyak lagi. Pendek kata, setiap yang anda lihat di paparan boleh dikatakan sebagai elemen interface (terutamanya yang boleh mengambil interaksi anda)
Ini adalah terma yang macam kompleks tetapi boleh diringkaskan dengan kata, apa-apa yang membuatkan interface anda lebih fancy dan menarik.
Tetapi sebenarnya, ia lebih dari itu. Antara tujuan diperkenalkan AJAX adalah untuk memberikan kepuasan / pengalaman pengguna yang lebih baik.
Contohnya, jika anda mengisi borang tempahan hotel, anda mungkin pada skrin pertama perlu memilih jenis bilik, jangkamasa, tarikh, bilangan penginap dan sebagainya. Setelah itu anda mungkin akan menekan button next untuk memasukkan butiran pembayaran dan sebagainya. Cara lama, setiap kali anda tekan "next" browser akan memuatkan halaman baru dengan data dan permintaan baru. Tetapi dengan AJAX data pada muka kedua telah disimpan dalam muka pertama tanpa anda perlu pusing melihatnya dan hanya akan muncul sebaik sahaja anda menekan "next".
Pendek kata, AJAX adalah pendekatan terkini untuk UX - pengalaman pengguna.
Sekarang ini ramai pembangun dan perekabentuk dan juga juru-runding laman web bercakap perihal UX. Ia adalah pendekatan bagaimana untuk memberikan kepuasa pengguna yang optimum bagi sesebuah website. UX adalah satu pendekatan yang penting disebabkan, dengan menambah kepuasan pengguna akan menggalakkan pengguna ke laman web anda.
Contoh konsep UX yang digunakan ialah, breadcrumbs (seperti yg dinyatakan diatas tadi) memberikan rasa tenteram pada pengguna yang dia tidak sesat. bahkan jika sesat pun ia memudahkan pengguna untuk berpatah balik setapak atau beberapa tapak ke belakang. Ini memberikan pengalaman pengguna yang baik, mengelakkannya dari marah dan kecewa dan terus meninggalkan website anda.
SEO adalah berkaitan dengan promosi website anda. Ia lebih menjurus kepada teknikal untuk mempromosikan website anda terutamanya kepada enjin carian seperti google. Jika website anda mudah untuk diindeks oleh enjin carian, maka peluang untuk pengguna menjumpai website anda adalah tinggi.
Website anda akan dilayari hanya melalui 2 kaedah promosi (1) Mulut ke mulut -anda hebahkan atau (2) enjin carian, apabila pengguna mencari menggunakan katakunci tertentu.
Banyak kaedah yang digunakan dalam strategi SEO, antaranya, keywords, Google AdWords, Google Sitemaps, Social video dan lain-lain.
Dengan website ini kami cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin "rahsia" daripada pengalaman kami semenjak 1998 (12 tahun) membina website.
Diharapkan maklumat yang kami paparkan berguna untuk anda dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu website tempatan.
Maafkan bahasa spontan kami yang kami harap ianya lebih berkesan dalam menyampaikan maksud.
*Imran;*Aaron;
*Shauki;
..dan semua freelancers lain yang on/off bersama kami sepanjang perjalanan ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengupah kami samada untuk tujuan pembinaan laman web / web application, khidmat rundingan, review website anda dan sebagainya yang berkaitan, sila hubungi kami.
P/S: Maklumat lanjut akan diberikan kelak...