Tidak ada apa ciri khas yang membuatkan kami memilih Institut Integriti Malaysia sebagai subjek review pertama RWc. Dan kami harapkan review ini tidak disalah ertikan dan menyinggung mana-mana pihak. Ia adalah review ikhlas dari kami dengan harapan, mungkin sebutir dua pandangan kami akan diterima untuk menjadi sandaran kepada pembaikan laman web tersebut.
Kami mulai pada halaman utama IIM.
Jauh terpisah.
Rujuk Gambar 1
Navigasi utama nampak terlalu jauh terpisah dari kandungan. Walaupun ia tidak mencacatkan pandangan, tetapi seakan ada sesuatu yang tak kena pada mata bila navigasi utama dipisahkan dengan masthead.
Navigasi utama, jika tanpa ada sebarang sebab yang munasabah perlu berada hampir dengan kandungan. Ini adalah kerana walaupun pada hemah kita ia tidak menggunakan banyak tenaga untuk melihat atas masthead dan kebawah masthead untuk menyesuaikan navigasi dan kandungan, tetapi ini adalah satu usaha yang tidak perlu.
Masthead menjadi penghalang, noise ataupun hingar yang mengganggu aliran informasi, dari navigasi -> xxxmastheadxxxx -> kandungan.
Dimana kita?
Rujuk Gambar 2
Dan kejanggalan kedua pada navigasi utama ini adalah pada segi usability pengguna. Sekiranya halaman "korporat" dibuka, ia tidak menunjukkan status halaman itu dibuka pada navigasi. Sekiranya tidak disebabkan oleh tajuk Korporat di dalam kandungan, pengguna mungkin sesat. Walaupun perkara ini mungkin remeh dan tidak menjejaskan operasi website IIM, ia adalah perkara remeh yang boleh memberikan pengalaman yang lebih baik (User Experience).
Rujuk Gambar 5
Navigasi utama juga menyembunyikan halaman anak (sub pages) di dalam drop down menu tanpa memberikan hints untuk pengguna bahawa terdapat menu tambahan disitu. Approach yang baik adalah untuk meletakkan anak panah kecil menandakan terdapat lagi menu dibawahnya, dan menggamit pengguna untuk menerokainya.
Kandungan Tersembunyi
Rujuk Gambar3
Pada hemah kami, antara perkara terpenting dengan IIM ialah acara yang dianjurkan. Tetapi acara ini tersembunyi. Dibawah menu (navigasi utama) "Kalendar" terdapat sub menu "Microsites acara-acara lepas". Tetapi jika menu "kalendar" itu sendiri diklik akan membawakan kepada apa yang kami rasakan penting untuk dizahirkan (daripada disembunyikan) iaitu halaman kalendar aktiviti.
Kenapa perlu sembunyikan satu informasi yang penting dan merupakan tonggak penting sesebuah website dengan cara begini? Adalah kerana fungsi (drop down) yang cantik perlu menggadaikan purpose?
Kekeliruan Kandungan
Pada hemah kami, terlebih afdhal sekiranya kata "Kalendar" digantikan dengan "Acara" ataupun "Aktiviti" ataupun "Kalendar Acara/Aktiviti". Ia lebih menampakkan keunikan dan 'energy' website IIM daripada kata Kalendar yang kurang memberikan impak. Ini adalah kerana, jika anda melayari laman RWc ini dan klik pada bahagian "aktiviti" atau "acara" anda mungkin akan mengharapkan acara ataupun aktiviti yang dijalankan oleh RWc. Tetapi jika perkataan "kalendar" digunakan ia mungkin hanya akan memberikan gambaran sejarah (kandungan) ataupun sekadar kalendar yang biasa-biasa kita lihat.
Rujuk Gambar 4
Pada navigasi utama terdapat menu "Berita". Pada drop down halaman utama (satu lagi perkara luar kebiasaan yang tidak patut dilakukan -drop down pada menu halaman utama) terdapat juga menu "Keratan Akhbar" dan "Artikel & Siaran Akhbar".
Huh?
Adakah kesemuanya sama? Pada zahirnya kesemuanya tidak sama, jika tidak masakan ia diklasifikasikan begitu. Tetapi apa maksudnya? Untuk mengetahuinya kita perlu klik pada menu-menu tersebut.
Telahan tanpa perlu klik pada menu tersebut (dan membakar banyak neuron pikir dalam otak) yang paling mungkin ialah, "Berita" adalah berita khusus, manakala "keratan akhbar" bermaksud "News Clipping" dan "..Siaran Akhbar" bermaksud "Press release".
Cadangan; Klasifkasikan kesemuanya dalam satu tajuk "Berita, dan beri sub tajuk "Keratan Akhbar" dan "Hebahan Akhbar" untuk menu-menu tersebut. Ini lebih terfokus dan semua perihal "akhbar" dan berita terdapat pada satu tempat yang sama (walaupun ia boleh dipaparkan secara cebisan berasingan di sidepanel atau di halaman utama)
Contoh;
Kesimpulan;
Kami rasakan banyak lagi hal yang boleh diperbaiki oleh IIM untuk lebih memberikan impak dan pulangan pelaburan daripada website korporat ini. Oleh itu, sekiranya anda inginkan Review dan cadangan yang lebih terpeinci, sila hubungi kami. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang telah diselami selama lebih kurang 10 tahun dalam industri web & multimedia.
Dan sekiranya anda inginkan review ini dikeluarkan dari senarai hebahan di RWc ini, sila email kepada kami menggunakan email@domain anda (untuk kesahihan authoriti)
Akhir kata, review ini adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman kami. Pembinaan, persembahan dan rekabentuk halaman web adalah sesuatu yang amat subjektif dan tidak jawapan 1 atau 0 sahaja. Tetapi tetap ada garispanduan yang boleh diikuti.