Setelah sekian lama niat kami untuk mengubah panampilan dan menambah kandungan untuk manfaat bersama, kini fasa pertama telah hampir selesai. Inilah paparan terbaru dari Rahsiawebsite.com.
Kami mohon maaf atas kelewatan, dan kebarangkalian kegagalan untuk mendapatkan kandungan terdahulu. Ini disebabkan oleh kesibukan (yang kami tahu tak patut dijadikan alasan) dalam menangani beberapa projek lama dan terkini.
Kandungan yang terdahulu akan dimasukkan semula sedikit demi sedikit. Dan InsyaAllah banyak lagi kandungan baru yang lebih bermanfaat telah dirancangkan (even dah ada draf pun, cuma belum dipublish) akan diketengahkan untuk kongsian bersama.
Jadi, kesempatan ini, kami ingin mengucapkan maaf, dan terima kasih kepada mereka yang memberi maklumbalas dan berkongsi pengetahuan / pengalaman dengan kami.
Dengan website ini kami cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin "rahsia" daripada pengalaman kami semenjak 1998 (12 tahun) membina website.
Diharapkan maklumat yang kami paparkan berguna untuk anda dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu website tempatan.
Maafkan bahasa spontan kami yang kami harap ianya lebih berkesan dalam menyampaikan maksud.
*Imran;*Aaron;
*Shauki;
..dan semua freelancers lain yang on/off bersama kami sepanjang perjalanan ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengupah kami samada untuk tujuan pembinaan laman web / web application, khidmat rundingan, review website anda dan sebagainya yang berkaitan, sila hubungi kami.
P/S: Maklumat lanjut akan diberikan kelak...