1. Komunikasi. Seboleh mungkin kecilkan komiti projek pembangunan laman web anda. Cari atau beri mandat kepada paling maksima 2 orang yang mempunyai pengetahuan dalam pembinaan laman web, atau paling kurang tahu mengenai halaman web.
Lagi ramai komiti, lagi banyak 'preference', lagi lambat proses membuat keputusan. Seboleh mungkin, yakinkan pegawai atasan anda (jika ada) untuk memberikan anda mandat penuh untuk membuat keputusan berkenaan laman web tersebut.
Ini adalah kerana, teknologi web adalah satu teknologi yang berkembang dengan pantas. Jika 'preference' mereka adalah untuk mempunyai gambar / icon animasi dihalaman depan, mereka perlu ingat itu adalah pendekatan 10 tahun lepas. Jadi biarkan mereka yang 'updated' dengan teknologi web memberikan solusi yang terbaik dari mengikuti mereka yang ketinggalan jauh dibelakang.
2. Dengar nasihat pakar. Kecuali kerja anda seharian selama 10 tahun lepas membina laman web, anda perlu memberikan ruang kepada pakar yang anda upah untuk memberikan keputusannya. Jika anda upah mereka dan sering berada dihaluan mereka, mereka mungkin tidak dapat memberikan anda hasil yang terbaik.
Berikan pandangan anda, dengar pandangan mereka. Pakar yang baik akan 'argue' dengan anda berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. Tetapi bukan bermaksud untuk menidakkan segala apa yang anda minta. Dan pakar yang baik juga dapat menyesuaikan kehendak anda dengan 'best practice'.
3. Semua boleh buat?. Memang benar, (hampir) semua yang anda bayangkan boleh dibuat / dibina. Tetapi anda harus sedar tentang budget dari segi upah dan masa yang diperuntukkan. Kadangkala apa yang anda inginkan itu nampak mudah, contohnya menambahkan image thumbnail disebelah senarai penerbitan. Tetapi perkara mudah itu mungkin tidak dianalisa pada awalnya dan pada fasa anda memintanya memerlukan perubahan struktur yang besar.
Memang ciri itu boleh sahaja ditambah, tetapi jika pembangun laman web anda tidak mahir, dan menempelkan sahaja kod untuk memenuhi kehendak anda, natijahnya mungkin akan tiba dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, ambil masa untuk membuat perancangan. Biar lama masa anda merekabentuk kehendak anda daripada anda tiba-tiba meminta ditambahkan satu tingkat lagi rumah anda selepas tingkat kedua dibina. Ia mungkin bakal mengundang bencana pada struktur rumah anda.
4. Features Cut Off. Berkaitan dengan faktor diatas, perlu ada masa atau ketikanya anda perlu berhenti dari meminta tambahan kepada halaman web anda. Jika tidak ada garisan cut off ini, features akan terus ditambah, jika masa pembangunan tidak ditambah, kualiti projek mungkin akan terjejas disebabkan pembangun mengejar masa dengan ciri yang asyik bertambah. Atau jika masa ditambah sejajar dengan penambahan ciri / features, adakah upah juga ditambah, jika tidak ia mungkin akan menjejaskan moral pembangun dan kemungkinan akan memberikan kepada anda hasil 'cincai' sahaja.
Penambahan ciri ini sukar untuk dielak. Apa yang dicadangkan ialah dengan menggunakan "Change Note". Setiap perubahan dan penambahan yang hendak dibuat selepas ciri-ciri asas telah dipersetujui perlulah melalui dokumen "Change Note". Pembangunu akan menilai perubahan / penambahan itu, dan jika dijustifikasikan dengan masa dan upah yang dipersetujui, maka perubahan itu akan dilaksanankan mengikut perancangan tertentu. Jika tidak perubahan itu akan direkodkan untuk samada dilakukan pada projek berikutnya, atau sebagainya.
Ini adalah cara yang lebih 'aman' bagi kedua-dua pihak, pelanggan dan pembangun.
5. Kandungan. Pembangun tidak mengetahui mengenai syarikat atau apa kandungan yang perlu diletakkan di dalam website anda sebaik anda. Dan pembangun / perekabentuk tidak dapat merancangkan dengan baik website anda jika anda tidak memberikan gambaran kandungan atau terlebih baik menunjukkan koleksi kandungan yang bakal dipaparkan.
Oleh itu, bersedia dengan kandungan anda. Tulis semua kandungan anda itu dalam dokumen MS Words (contohnya). Dan klasifikasikan kandungan-kandungan anda itu sebaik mungkin. Adakan tajuk, sub tajuk jika perlu. Organisasi kandungan adalah amat penting.
Jika pakar yang anda upah berpengalaman, dia akan dapat mengklasifikasikan kembali kandungan anda itu untuk paparan web, walaupun sekiranya anda tidak pandai mengklasifikasikannya. Tetapi anda perlu datangkan kandungan tersebut. Jangan biarkan ia hanya dalam banyangan. Biar tidak sempurna tetapi ada.
Ambil masa anda untuk mengumpul kandungan. Ini adalah elemen terpenting website anda. Ia adalah nyawa website anda. Tanpa kandungan yang baik, dan olahan kandungan yang baik, kadar kejayaan website anda adalah rendah.