Apa yang best dengan Posterous ialah;
1. Email blogging. Dengan mudah, dari mana-mana sahaja anda boleh hantar email kepada Posterous, dan secara langsung Posterous akan mengemaskini posting anda berdasarkan apa yang anda hantar melalui email tersebut. Oleh itu, hanya dengan handphone anda boleh blog suka hati dari mana-mana sahaja. Antara perkhidmatan percuma yang lain yang memberikan anda ciri seperti ini ialah blogger.
2. Antaramuka (interface) yang bersih dan mudah. Ia tidak nampak 'complicated' seperti kebanyakkan sistem blogging yang lain. Bahkan jika anda memblog dengan email apa yang anda perlu tahu ialah buka email anda dan hantar ke alamat email blogging yang disediakan. Cukup mudah.
Ini seakan menjadi trend terkini, dimana makin ramai pengguna menggemari sistem yang mudah dan tidak memeningkan kepala.
3. Selain daripada ciri blogging dari email, Posterous juga akan menghantarkan kemaskini post anda itu ke beberapa tempat lain mengikut kehendak anda. Antaranya, Twitter dan Facebook. Jadi dengan hanya 1 email yang anda hantar ke Posterous, weblog, Twitter, Facebook dan beberapa aplikasi sosial yang lain boleh dikemaskini serentak. Ini adalah memudahkan bagi anda yang on-the-go dan perlu mengemaskini ke sistem-sistem sosial untuk contohnya tujuan promosi.
Dengan website ini kami cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin "rahsia" daripada pengalaman kami semenjak 1998 (12 tahun) membina website.
Diharapkan maklumat yang kami paparkan berguna untuk anda dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu website tempatan.
Maafkan bahasa spontan kami yang kami harap ianya lebih berkesan dalam menyampaikan maksud.
*Imran;*Aaron;
*Shauki;
..dan semua freelancers lain yang on/off bersama kami sepanjang perjalanan ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengupah kami samada untuk tujuan pembinaan laman web / web application, khidmat rundingan, review website anda dan sebagainya yang berkaitan, sila hubungi kami.
P/S: Maklumat lanjut akan diberikan kelak...