1. Hosting
Adalah perkara pertama yang perlu anda rancangkan. Anda mungkin boleh bermula menggunakan google untuk mencari hosting yang mencukupi dengan keperluan website anda. Antara ciri-ciri yang perlu anda perhatikan pada tawaran syarikat hosting ialah;
a) Kapasiti - berapa besar ruang untuk anda menyimpan fail anda.
b) Bandwidth - berapa besar traffik yang dibenarkan untuk hosting anda. Mungkin anda boleh bermula dengan trafik yang kecil dan kemudian 'upgrade' akaun hosting anda kepada trafik / bandwidth yang lebih besar.
c) Control Panel. Bagaimana caranya untuk anda menguruskan fail-fail anda di webserver kelak. Terdapat banyak jenis hosting control panel. Antara control panel hosting yang mudah untuk digunakan ialah CPanel.
2. Domain
Domain name adalah perkara terpenting bagi website anda tanpa domain name yang baik, website anda mungkin susah untuk diingati. Jadi, lakukan penyelidikan anda bagi mendapatkan domain name yang terbaik mungkin, senang diingat, ringkas dan tidak mengelirukan disamping 'catchy'.
Anda juga perlu pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat webhosting anda untuk mendaftarkan domain name anda. Ini akan memudahkan urusan menyesuaikan domain name dan hosting anda kelak.
3. Jenis laman web
Apakah jenis laman web yang ingin anda punyai? Adakah ia laman web syarikat, yang mempunyai kurang dari 10 halaman? Ataupun mungkin blog, atau portal.
Mengetahui jenis laman web yang ingin anda bina membantu dalam menentukan kos dan skala website tersebut.
4. Kandungan anda
Antara perkara yang penting bagi website ialah kandungan. Sediakan kandungan anda dari awal. Jangan tunggu sehingga website siap dibina kandungan anda masih tidak kukuh. Tuliskan semua teks kandungan anda dan juga simpan media, gambar yang diperlukan.
5. Frekuensi kemaskini
Frekuensi kemaskini yang bakal anda jalankan juga menentukan berapa besar atau web jenis apa yang sesuai untuk anda. Sekiranya web anda perlu dikemaskini selalu, maka anda perlu menimbangkan mempunyai sistem pengurusan kandungan (Content Management System - CMS). CMS akan membantu anda dalam jangkamasa panjang untuk mengemaskini sendiri kandungan laman web anda tanpa perlu mengupah orang lain untuk melakukannya.
Terdapat banyak CMS percuma yang boleh anda gunakan. Tetapi anda mungkin perlu mengupah orang yang boleh menyediakannya untuk anda buat kali pertama. Ini adalah lebih baik daripada anda perlu mengupah setiap kali anda perlu membuat perubahan pada laman web anda.
6. Jangkamasa
Bila anda jangkakan untuk website anda hidup di internet? Berapa jangkamasa yang anda boleh berikan untuk pembangunan laman web. Kebiasaannya jika lebih pendek jangkamasa pembangunan yang anda berikan, maka kos pembinaan dari kosong akan bertambah. Kecuali anda menggunakan CMS sedia ada.
7. Kos
Berikut adalah pecahan kasar antara kos yang mungkin anda perlu keluarkan untuk mempunyai laman web;
a) Hosting - setiap tahun
b) Domain name - setiap tahun
c) Pembangunan laman web (custom development) - kali pertaman sahaja
d) Penyediaan laman web berdasarkan CMS percuma - kali pertama sahaja
e) Upah kemaskini - berkala