Rahsiawebsite.com

Perkara yang menghalau pengunjung website anda

Ada beberapa perkara yang jika kita letakkan diwebsite kita, kita sengaja mencari jalan untuk menghalau pengguna daripada website kita. Berikut adalah beberapa diantaranya.

Iklan Tooltip Video

Terimalah kenyataan, kita rata-rata tak suka iklan. Apatah lagi iklan yang dipaksakan untuk kita menengoknya seperti yang terjadi dengan iklan tooltip. Memang lumrah kebanyakkan kita yang melayari internet akan 'roll over' link, ataupun perkataan yang digariskan (menyerupai link) samada dengan sengaja atau tidak. Kebiasaan ini dimanipulasikan oleh pihak pengiklanan untuk menyuntik masuk iklan apabila mouse anda berada diatas tulisan / teks yang bergaris (seakan pautan). Apa yang timbul ialah iklan.

Yang lebih ngeri lagi ialah iklan video, tanpa ada sebarang kawalan, terus sahaja muncul dengan bunyi. Ini adalah satu praktis yang tidak sihat. Dan jika anda ingin menghalau pengunjung anda jauh dari website anda, silalah gunakan helah ini.

Pop-up pop-down

Setiap browser moden yang ada sekarang ini mempunyai pop-up blocker. Ini adalah kerana tiadak ada siapa yang sukakan pop-up - iklan. Tetapi yang lebih buruk adalah mereka yang masih mencari jalan untuk mengeluarkan iklan ini. Jika pop-up telah dihalang, entah macamana, kini bermaharaja lela pula pop-under.

Window yang kadangkala sebesar-besar alam secara tidak sedar berada dibawah browser yang kita layari.

Satu sahaja peringatan mengenai hal ini - tak ada siapa yang sukakan iklan. Lebih-lebih lagi iklan dari jenis pop-up atau pop-under sebegini.

Ajakan Email

Rasanya anda pernah apabila mendapat email dari rakan anda yang mengajak anda untuk subscribe atau daftar dengan satu-satu website. Jika anda selidiki, disebalik klik pada link yang diberikan, cari di google dan tengok website tersebut, kadangkala ia bukanlah apa yang anda inginkan. Dan berkemungkinan besar rakan anda yang menghantar email tersebut juga tidak sedar bahawa dia telah menghantar ajakan email tersebut kepada anda.

Ini adalah satu lagi helah yang dilakukan. Apabila anda subscribe atau daftar dengan satu-satu sistem internet, anda berikan email address anda sebagai syarat pendaftaran, tiba-tiba email anda itu di'selongkar' dan semua contact yang ada dalam akaun email anda mendapat email 'daripada anda' mengajak mendaftar dengan sistem tersebut.

Baca dahulu sebelum anda terburu klik sesuatu di internet. Banyak helah 'phishing' menggunakan taktik ini.

Iklan Video Autoplay tanpa butang kawalan

Flash sering dipersalahkan dalam hal ini. Sebenarnya bukan salah alat, tetapi manusia yang memanipulasikan alat tersebut dengan cara yang salah.

Cara yang terbaik sekiranya anda ingin memaparkan video adalah dengan meletakkannya pada 'pause' dan menunggu aksi pengguna klik untuk memainkannya. Bukan terus play, dan kemudian tidak langsung memberikan kawalan untuk pengguna stop atau pause video tersebut.

Apa akan jadi sekiranya seorang pengguna masuk kehalaman anda, setelah menunggu seketika, tiba-tiba keluar video dengan bunyi yang kuat, sedangkan mungkin pengguna tersebut di pejabat atau di tempat awam. Maka dia akan kehilangan arah dan terlompat-lompat untuk menutup komputer. Apa akan jadi? Kemungkinan besar, dia tidak akan melayari lagi halaman web anda.

Carian Bodoh

Tidak ada satu yang lebih menjengkelkan selain daripada carian yang tidak mampu melakukan tugasnya dengan baik -iaitu mencari. Kadangkala sengaja kita cari apa yang memang telah berada di hadapan mata, tetapi keputusan carian masih lagi hampa.

Padahal jika kita gunakan google segala mak nenek akan keluar daripada website kita. Jadi jika anda meletakkan carian sekadar pemanis pandangan, keluarkanlah. Biarlah pengguna tahu tiada carian di website anda daripada menggunakan alat yang tidak berfungsi.


Dec 9, 2009
Category: Umum