Memang lazim dan bagaikan satu kemestian bagi organisasi besar untuk membentuk "suruhanjaya" (committee) untuk membina laman web. Committee ini diwujudkan disebabkan politik dalaman menuntut setiap orang diberikan hak untuk bersuara dan setiap perkara dipertimbangkan dalam bentuk mesyuwarah. Tetapi adakah pembentukan committee ini wajar dan memberikan nilai dalam pembinaan web atau sebaliknya?
Untuk menyatakan semua committee adalah tidak baik, adalah terlalu dangkal. Dan untuk menyarankan laman web korporat yang besar boleh dibina tanpa rundingan adalah terlalu idealistik. Walaubagaimanapun, apabila tiba pada rekabentuk, committee biasanya membawa pukulan maut.

Design by committee leads to design on the fly.
Rekabentuk adalah subjektif. Tindakbalas kita kepada rekabentuk mungkin dipengaruhi oleh budaya, jantina, umur, pengalaman masa kecil dan mungkin juga keadaan fizikal (seperti buta warna). Apa yang dirasakan rekabentuk menawan oleh seseorang mungkin dibenci oleh orang lain. Inilah sebabnya kenapa adalah penting keputusan rekabentuk ditentukan oleh ujian pengguna daripada pemilihan peribadi. Sayangnya, pendekatan ini jarang diambil apabila committee terlibat dalam membuat keputusan berkaitan rekabentuk.
Sebaliknya, rekabentuk oleh committee menjadi medan tolak ansur disebabkan ahli committee mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain mereka mencari jalan tengah. Seorang benci skema warna biru, padahal orang lain menyukainya. Ini memberi hasil 'rekabentuk pantas' dengan committee memberi arahan kepada perekabentuk untuk mencuba 'biru yang lain sikit' dengan harapan mencapai toleransi semua ahli committee. Sayangnya, ini hanya menghala kepada rekabentuk yang buruk yang tidak menonjol atau menarik perhatian sesiapa.
Dengan website ini kami cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin "rahsia" daripada pengalaman kami semenjak 1998 (12 tahun) membina website.
Diharapkan maklumat yang kami paparkan berguna untuk anda dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu website tempatan.
Maafkan bahasa spontan kami yang kami harap ianya lebih berkesan dalam menyampaikan maksud.
*Imran;*Aaron;
*Shauki;
..dan semua freelancers lain yang on/off bersama kami sepanjang perjalanan ini.
Sekiranya anda berminat untuk mengupah kami samada untuk tujuan pembinaan laman web / web application, khidmat rundingan, review website anda dan sebagainya yang berkaitan, sila hubungi kami.
P/S: Maklumat lanjut akan diberikan kelak...